Towards a Better Ecosystem

1 minute read

Published:

DevOps

Towards a Better Ecosystem 🖥️

Saya menceburkan diri dalam DevOps dengan pengetahuan yang sedikit tentang pembangunan sistem. Amat sukar pada mulanya kerana membiasakan diri dalam bukan bidang kelayakan asli adalah sesuatu yang mencabar. Namun saya percaya dengan kemahuan, kegigihan dan usaha, tidak ada yang mustahil.

Culture Lapuk 📺

Cabaran sebenar dalam DevOps adalah “culture” atau budaya yang diamalkan dalam sesebuah ekosistem. Bagi pengguna ‘monolithic ecosystem’, pasti sudah terbiasa menggunakan kaedah kuno Files Transfer Protocol (FTP) bagi memuat naik updates pada kod. Kebiasaan ini kadang-kala begitu berakar sehingga menjadi darah daging dalam proses pembangunan. Jesteru Git atau Version Control akan terlihat begitu ‘alien’ dan pasti jika tidak dibiasakan dan diberikan kefahaman, sebahagian mungkin akan gagal menjadi sebahagian daripada pasukan DevOps.

Kita faham jika ini begitu dikagumi pada awal tahun 2000 dengan pelbagai inovasi bermula CLI kepada binary tools. Sebagai penggiat IT, kita perlu sedar bahawa teknologi akan sentiasa bergerak lebih pantas dan kita perlu terbuka dengan itu.

Mungkin DevOps suatu hari nanti juga bakal obselete, siapa tahu.

Memahami Proses 💡

Dalam DevOps, proses itu perlu difahami terlebih dahulu sebelum terjun kepada perkara teknikal. Kefahaman dalam proses ini akan membantu kita mempelajari perkara teknikal dengan tersusun dan berkesan. Bandingkan apa yang ditawarkan DevOps dengan kaedah sedia ada kemudian nilailah dengan baik secara profesional tentang kebaikan DevOps yang bakal kita perolehi.

Bina Projek Contoh 🔨

Apabila kita sudah memahaminya, cubalah untuk membina satu projek contoh bagi memantapkan pemahaman. Jangan pilih projek yang terlalu rumit, cukuplah sekadar memenuhi syarat-syarat umum bagi melalui setiap proses DevOps.

Semoga bermanfaat.